Sunday, November 18, 2012

PERMAINAN HOKI


1.0   Pengenalan

        Hoki merupakan permainan popular dunia yang mula dikenali di peringkat antarabangsa pada tahun 1980-an dan telah menjadi sukan demontrasi Sukan Olimpik pada tahun 1900 di Paris. Hoki telah dipertandingkan di Sukan Olimpik secara terbuka pada tahun 1928 yang diadakan di Amsterdam. Selepas satu dekad sukan hoki diperkenalkan sebagai sukan antarabangsa, banyak perubahan yang dilakukan dalam peraturan permainan, gaya bermain dan alatan hoki tanpa mengubah bentuk asal ciri-ciri permainan.
        Menurut catatan, hoki mempunyai sejarah yang menarik iaitu bukti pertama menunjukkan bahawa hoki mula dimainkan lebih kurang 400 ribu tahun yang lalu. Salah satu dindng makam Bani Hassan di Mesir yang dibina sekitar 2000 tahun S.M, menujukkan sebuah lukisan yang menggambarkan dua orang yang melakukan buli seperti dalam permainan hoki. Seterusnya, sekitar tahun 500 S.M dipercayai hoki telah wujud di Paris, Greece dan Rome berdasarkan arca dinding yang telah dijumpai.
       Di Scotland, hoki dikenali sebagai shinty, di England dikenali dengan nama commock manakala di Wales hoki dikenali sebagai banty. Pada pertengahan tahun 1800-an hoki menjadi terkenal di sekolah-sekolah di England dan pada waktu itu juga penubuhan beberapa kelab hoki seperti kelab Hoki Wimbledon (1883) dan Blacheath (1861).
       Pada tahun 1800-an pemain hoki menggunakan bola gabus atau getah yang dibungkus dengan tali yang berlapis-lapis. Bola ini mula digantikan dengan bola kriket yang diwarnakan dengan cat putih sekitar tahun 1875. Kayu hoki pula diperbuat daripada kayu ash atau oak yang mempunyai lengkung semulajadi di hujungnya. Gelanggang hoki pula berukuran 150 meter panjang dan 180 meter lebar manakala pintu gol didrikan dengan menggunakan dua tiang gol berjarak sembilan meter.
       Peraturan permainan hoki telah dirangka oleh British Hockey Association (BHA) pada tahun 1886 dan diterima oleh beberapa negara seperti Scotland, Wales, Ireland, Belgium dan Perancis. Pada thun 1894, perlawanan hoki antarabangsa yang pertama telah berlangsung antara England dan Ireland, seterusnya mula berkembang di negara-negara lain. Permainan hoki mula dipertandingkan di Sukan Olimpik pada tahun 1809 dan dihentikan seketika disebabkan Pernag Dunia Kedua. Di negara Asia, permainan hoki mula dipertandingkan pada tahun 1958dalam sukan Asia di Tokyo.
       Perkembangan hoki di Malaysia bermula pada tahun 1948 iaitu di bawah pentadbiran Majlis Hoki Malaya (MHC) yang ditubuhkan bersama Singapura. Kini, pertubuhan sukan kebangsaan yang dikenali sebagai Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) dengan semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan, angkatan tentera dan polis diraja sebagai ahli persekutuan. Malaysia telah menyertai pelbagai pertandingan di peringkat  antarabangsa antaranya ialah Sukan Asia, Sukan Komanwel, Piala Dunia dan Piala Belia Remaja. Sehingga hari ini, Malaysia merupakan antara 15 buah negara terbaik dalam sukan hoki di dunia dan telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik sebanyak sembilan kali sejak tahun 1956.

2.0    Peralatan Sukan

         2.1     Padang Hoki
                       
          2.2     Pintu Gol
                   
         2.3     Bola Hoki
                 
        2.4     Kayu Hoki
          
       2.5     Alatan Penjaga Gol
               
      2.6     Kasut Hoki
             

3.0    Cara Bermain  

         Pengetahuan tentang cara bermain dan peraturan asas hoki adalah penting bukan sahaja kepada pengadil, tetapi juga kepada pemain, jurulatih dan guru supaya mendapat kepuasan dan keseronokkan dalam permainan di samping menjaga keselamatan ketika bermain. Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan yang mempunyai 11 orang pemain termasuk seorang penjaga gol. Setiap pasukan akan cuba menjaringkan gol dengan menggunakan kayu hoki untuk mengarahkan sebiji bola ke dalam gol pihak lawan.
         Satu perlawanan rasmi dimainkan dalam dua separuh masa iaitu 35 minit untuk setiap separuh masa dan masa rehat tidak melebihi 5 minit. Permainan dimulakan dengan satu tolakan tengah dan selepas setiap gol yang dijaringkan. Perlawanan hoki diadili oleh dua orang pengadil mengikut semua undang-undang dan peraturan permainan d bawah kuasa Lembaga Peraturan Hoki (HRB).

3.1     Pengadilan (Isyarat Pengadilan)
                 

3.2     Kemahiran Asas
                 
3.2.1   Menggelecek

Menggelecek adalah cara mengawal bola bergerak. Ia digunakan untuk melepaskan diri dengan bola apabila dikawal oleh pihak lawan. Terdapat 3 cara mengelecek iaitu:-

(a)   Mengelecek longgar
Kemahiran ini digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan cepat bagi tujuan untuk melepaskan diri daripada pihak lawan dan memiliki bola sambil bergerak.

                         
(b)   Menggelecek rapat       

Kemahiran ini digunakan apabila pemain hedak mengawal bola dengan rapi terutamanya apabila pemain tidak dapat memastikan situasi bola semasa bermain sama ada selamat atau tidak semasa bermain.

                                   
(c)   Menggelecek "Indian"

Digunakan apabila pemain hendak menukar arah dari kanan ke kiri atau sebaliknya dan dengan cara ini pemain dapat melepaskan diri daripada pihak lawan.
                                
                                            

0 comments:

Post a Comment