Wednesday, November 7, 2012

PERKHEMAHAN


1.0 SEJARAH PERKHEMAHAN.

Perkhemahan bermaksud mendirikan khemah untuk membuat tempat kediaman sementara untuk berteduh dan bermalam di kawasan hutan atau lapang dengan menggunakan bahan sedia ada.  Sejarah berkhemah bermula lebih kurang sama dengan sejarah manusia dan tempat kediaman. Pada tahun 1907, Lord Baden Powel iaitu pengasas pergerakan pengakap dunia telah membawa seramai 12 orang belia ke Pulau Brownsea, England. Di pulau ini, satu perkhemahan pengakap yang pertama di dunia telah berjaya dilakukan. Kini perkhemahan merupakan satu aktiviti yang diutamakan dalam pergerakan pengakap dan pandu puteri. Lord Baden Powell (1955) menyatakan berkhemah merupakan satu kegiatan yang paling menyeronokkan dalam kehidupan seorang pengakap. Perkhemahan dapat dikelaskan kepada tiga kategori iaitu perkhemahan ringkas, perkhemahan kumpulan dan Jambori/ rover mood/ korobori.

 Pada zaman dahulu, berkhemah adalah satu cara hidup bagi kaum-kaum Dayak Merah di Amerika Syarikat dan kemudian bagi golongan peneroka-peneroka di dunia baru itu. Sekarang pula, perkhemahan adalah salah satu aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan untuk merehatkan fikiran. 

1.1  TOKOH DALAM PERKHEMAHAN

                                                                                        Lord Baden Powell
Lord Baden Powell, iaitu pengasas pengakap sedunia yang menganjurkan perkhemahan sebagai satu kegiatan yang wajib.

2.0 TUJUAN PERKHEMAHAN 

  • melatih kita berdikari dan bersedia menghadapi keadaan yang serba kekurangan terutamanya berkhemah di tempat yang jauh dari bandar.
2.1 FAEDAH-FAEDAH PERKHEMAHAN


3.0  JENIS-JENIS KHEMAH
Khemah memounyai pelbagai bentu saiz dan kegunaanyaAntara khemah yang biasa digunakan adalah seperti berikut:

A) Ridge Tent 
                                                                 
Khemah jenis ini mempunyai tiang yang melintang disepanjang bumbung. Ianya diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat.

B) Frame Tent
Khemah jenis ini merupakan khemah jenis besar yang sesuai untuk perkhemahan keluarga dan seumpanya. Khemah kenduri khawin yang kita selalu lihat juga merupakan khemah jenis Frame Tent.
C) Dome Tent
Khemah jenis ini berbentuk gelembung dan diperbuat daripada material yang kalis air. Ciri utama khemah jenis ini adalah ianya mudah dibawa dan sesuai untuk perkhemahan di sekolah.

D) Bell Tent
Ciri-ciri khemah ini ialah mempunyai satu tiang ditengah-tengahnya. Selain itu bentuknya adalah bulat. Sekarang khemah seperti ini sudah jarang digunakan.

4.0  AKTIVITI PERKHEMAHAN
  • Persediaan sebelum perkhemahan
  • Semasa perkhemahan
  • Selepas perkhemahan
4.1  PERSEDIAAN SEBELUM PERKHEMAHAN


1. Pembentukan Jawatankuasa

  • untuk menggerakkan sesuatu aktiviti perkhemahan supaya program dapat dirancang dengan baik dan teratur.
  • kesesuaian jawatankuasa bergantung pada tempat perkhemahan dan aktivti yang akan dijalankan.
  • Setiap jawatankuasa mempunyai tugas masing-masing.




  • Ahli jawatankuasa terdiri daripada
         (a)    Urus setia
         (b)    Aktiviti
         (c)    Pengangkutan
         (d)    Peralatan
         (e)    Keselamatan & Kecemasan
         (f)     Penajaan
         (g)    Makanan

2. Kenal Pasti Kawasan
  • penting untuk melihat tapak perkhemahan untuk memastikan tempat yang dipilih bersesuaian dan selamat untuk diadakan aktiviti perkhemahan. 
  • Perkara yang perlu diambil kira
          a) kesesuaian tempat
          b) kemudahan asas (air, tandas)
          c) mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terjamin
         d) mudah untuk berhubung dengan pihak polis dan hospital sekiranya berlaku 
             kemalangan.

3. Surat Kebenaran
i)  Surat kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri / Pegawai Pendidikan Daerah 
    melalui pengetua----- sebelum menjalankan aktiviti.
ii)  Surat kebenaran pihak polis --- memastikan aktiviti berjalan lancar. 
iii) Surat kebenaran ibu bapa --- diperolehi sebelum peserta dibenarkan mengikut aktiviti 
     perkhemahan. 
iv) Mendapat insurans kelompok untuk semua peserta sebelum aktiviti perkhemahan.

4. Belanjawan
  • untuk memastikan persiapan yang dibuat boleh menampung segala keperluan selama tempoh perkhemahan.
  • Belanjawan seperti kos pengangkutan, peralatan, insurans, perubatan dan makanan. 
5. Alatan Perkhemahan
  • Alatan untuk perkhemahan perlu disediakan sebelum menjalankan aktiviti:
4.2  SEMASA PERKHEMAHAN
  • Program yang dirancang akan dijalankan semasa perkhemahan dan memastikan dijalan dengan lancar.
  • Terdapat  4 perkara utama perlu diambil perhatian pada peringkat ini :
          1) Kedudukan kawasan perkhemahan.
          2) Susunan tempat perkhemahan
          3) Aktiviti yang dijalankan.
          4) Peraturan dan keselamatan

1) Kedudukan Kawasan Perkhemahan

 2) Susunan Tempat Perkhemahan
  • Tempat perkhemahan perlu disusun dengan rapi bagi mengelakkan dicerobohi oleh orang luar.
  • Khemah perempuan dan lelaki hendaklah pada jarak yang sesuai.
  • Pondok kawalan disediakan bagi khemah perempuan bagi menjaga keselamatan pelajar perempuan.
  • Khemah guru terletak di tengah khemah perempuan dan lekaki bagi senang berhubung.
  • Khemah urus setia hendak strategik kerana pengawasan 24jam diperlukan.
  • Tandas dan dapur perlu pada tempat yang sesuai.
  • Khemah makan perlu berdekatan dengan khemah pelajar bagi memudahkan mereka bergerak. 
3) Aktiviti yang Dijalankan
  • Aktiviti yang dijalankan perlu memenihi objektif perkhemahan.
  • Aktiviti yang dijalankan seperti:
      a) Orienteering
      b) Aktiviti merentas hutan
      c) Aktiviti tali
      d) Snorkelling
      e) Kayak/ rafting
      f) flyer fox
      g) Malam kebudayaan


      b) Aktiviti Merentas hutan.
  e)  Rafting


f) Flyer fox


   g) Malam kebudayaan

4) Peraturan dan Keselamatan semasa Perkhemahan

4.3  SELEPAS PERKHEMAHAN
                                                                                                                                                                                      






















0 comments:

Post a Comment