Friday, October 12, 2012

Pendidikan Abad ke-21

  • Pendidikan abad ke 21 merupakan pendidikan yang berteraskan kepada teknologi maklumat dan komunikasi.
  • Ia diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang yang banyak dipengaruhi oleh dunia yang dicorakkan oleh pembangunan teknologi seiring dengan perkembangan negara yang semakin pesat membangun.
  • Perubahan ini boleh berlaku di peringkat sekolah atau bilik darjah.  Walau bagaimanapun, perubahan di peringkat sekolah atau bilik darjah memerlukan kesedaran dan kemahiran di kalangan guru mahupun pihak pentadbir.
  • Program pengurusan perubahan dan kajian semula latihan guru adalah perkara-perkara asas yang perlu disediakan ke arah pendidikan abad 21 bagi mewujudkan pendidikan bertaraf dunia seiring dengan kemajuan pendidikan di negara-negara maju yang lain.
  • Terdapat pelbagai cabaran dan isu pendidikan kesan daripada kepesatan teknologi pada abad ini. Antaranya ialah isu pendidikan bertaraf dunia, pembestarian sekolah, pendidikan k-ekonomi dan gejala sosial.
  • Pada peringkat dunia, Finland memegang status negara yang menyediakan sistem pendidikan terbaik dunia. Pada peringkat Asia tenggara pula, Malaysia berada di tangga ke-2 selepas Singapura .Forum Ekonomi Dunia telah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai tahap persaingan yang lebih baik daripada 142 buah negara di seluruh dunia. Berdasarkan laporan terbaru, Malaysia menduduki tangga ke-21 berbanding tahun 2010 yang berada pada kedudukan ke-26. Penekanan yang lebih meluas dalam pembangunan sektor pendidikan misalnya turut menjadikan Malaysia berada di kedudukan ke-14 secara keseluruhannya Menurut laporan tersebut, tahap persaingan global pada tahun 2011/2012 berada pada keadaan yang lebih baik kerana kesungguhan Malaysia untuk memperbaiki kedudukannya selaras dengan perubahan-perubahan yang diperlukan bagi membolehkan mencapai tahap negara maju pada tahun 2020 seterusnya keluar daripada situasi ekonomi yang berpendapatan sederhana kepada ekonomi negara yang berpendapatan tinggi.



  

0 comments:

Post a Comment