Sunday, November 18, 2012

PERMAINAN HOKI


1.0   Pengenalan

        Hoki merupakan permainan popular dunia yang mula dikenali di peringkat antarabangsa pada tahun 1980-an dan telah menjadi sukan demontrasi Sukan Olimpik pada tahun 1900 di Paris. Hoki telah dipertandingkan di Sukan Olimpik secara terbuka pada tahun 1928 yang diadakan di Amsterdam. Selepas satu dekad sukan hoki diperkenalkan sebagai sukan antarabangsa, banyak perubahan yang dilakukan dalam peraturan permainan, gaya bermain dan alatan hoki tanpa mengubah bentuk asal ciri-ciri permainan.
        Menurut catatan, hoki mempunyai sejarah yang menarik iaitu bukti pertama menunjukkan bahawa hoki mula dimainkan lebih kurang 400 ribu tahun yang lalu. Salah satu dindng makam Bani Hassan di Mesir yang dibina sekitar 2000 tahun S.M, menujukkan sebuah lukisan yang menggambarkan dua orang yang melakukan buli seperti dalam permainan hoki. Seterusnya, sekitar tahun 500 S.M dipercayai hoki telah wujud di Paris, Greece dan Rome berdasarkan arca dinding yang telah dijumpai.
       Di Scotland, hoki dikenali sebagai shinty, di England dikenali dengan nama commock manakala di Wales hoki dikenali sebagai banty. Pada pertengahan tahun 1800-an hoki menjadi terkenal di sekolah-sekolah di England dan pada waktu itu juga penubuhan beberapa kelab hoki seperti kelab Hoki Wimbledon (1883) dan Blacheath (1861).
       Pada tahun 1800-an pemain hoki menggunakan bola gabus atau getah yang dibungkus dengan tali yang berlapis-lapis. Bola ini mula digantikan dengan bola kriket yang diwarnakan dengan cat putih sekitar tahun 1875. Kayu hoki pula diperbuat daripada kayu ash atau oak yang mempunyai lengkung semulajadi di hujungnya. Gelanggang hoki pula berukuran 150 meter panjang dan 180 meter lebar manakala pintu gol didrikan dengan menggunakan dua tiang gol berjarak sembilan meter.
       Peraturan permainan hoki telah dirangka oleh British Hockey Association (BHA) pada tahun 1886 dan diterima oleh beberapa negara seperti Scotland, Wales, Ireland, Belgium dan Perancis. Pada thun 1894, perlawanan hoki antarabangsa yang pertama telah berlangsung antara England dan Ireland, seterusnya mula berkembang di negara-negara lain. Permainan hoki mula dipertandingkan di Sukan Olimpik pada tahun 1809 dan dihentikan seketika disebabkan Pernag Dunia Kedua. Di negara Asia, permainan hoki mula dipertandingkan pada tahun 1958dalam sukan Asia di Tokyo.
       Perkembangan hoki di Malaysia bermula pada tahun 1948 iaitu di bawah pentadbiran Majlis Hoki Malaya (MHC) yang ditubuhkan bersama Singapura. Kini, pertubuhan sukan kebangsaan yang dikenali sebagai Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) dengan semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan, angkatan tentera dan polis diraja sebagai ahli persekutuan. Malaysia telah menyertai pelbagai pertandingan di peringkat  antarabangsa antaranya ialah Sukan Asia, Sukan Komanwel, Piala Dunia dan Piala Belia Remaja. Sehingga hari ini, Malaysia merupakan antara 15 buah negara terbaik dalam sukan hoki di dunia dan telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik sebanyak sembilan kali sejak tahun 1956.

2.0    Peralatan Sukan

         2.1     Padang Hoki
                       
          2.2     Pintu Gol
                   
         2.3     Bola Hoki
                 
        2.4     Kayu Hoki
          
       2.5     Alatan Penjaga Gol
               
      2.6     Kasut Hoki
             

3.0    Cara Bermain  

         Pengetahuan tentang cara bermain dan peraturan asas hoki adalah penting bukan sahaja kepada pengadil, tetapi juga kepada pemain, jurulatih dan guru supaya mendapat kepuasan dan keseronokkan dalam permainan di samping menjaga keselamatan ketika bermain. Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan yang mempunyai 11 orang pemain termasuk seorang penjaga gol. Setiap pasukan akan cuba menjaringkan gol dengan menggunakan kayu hoki untuk mengarahkan sebiji bola ke dalam gol pihak lawan.
         Satu perlawanan rasmi dimainkan dalam dua separuh masa iaitu 35 minit untuk setiap separuh masa dan masa rehat tidak melebihi 5 minit. Permainan dimulakan dengan satu tolakan tengah dan selepas setiap gol yang dijaringkan. Perlawanan hoki diadili oleh dua orang pengadil mengikut semua undang-undang dan peraturan permainan d bawah kuasa Lembaga Peraturan Hoki (HRB).

3.1     Pengadilan (Isyarat Pengadilan)
                 

3.2     Kemahiran Asas
                 
3.2.1   Menggelecek

Menggelecek adalah cara mengawal bola bergerak. Ia digunakan untuk melepaskan diri dengan bola apabila dikawal oleh pihak lawan. Terdapat 3 cara mengelecek iaitu:-

(a)   Mengelecek longgar
Kemahiran ini digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan cepat bagi tujuan untuk melepaskan diri daripada pihak lawan dan memiliki bola sambil bergerak.

                         
(b)   Menggelecek rapat       

Kemahiran ini digunakan apabila pemain hedak mengawal bola dengan rapi terutamanya apabila pemain tidak dapat memastikan situasi bola semasa bermain sama ada selamat atau tidak semasa bermain.

                                   
(c)   Menggelecek "Indian"

Digunakan apabila pemain hendak menukar arah dari kanan ke kiri atau sebaliknya dan dengan cara ini pemain dapat melepaskan diri daripada pihak lawan.
                                
                                            

Saturday, November 10, 2012

Gimnastik Pendidikan

GIMNASTIK PENDIDIKAN

1.0 Definisi

Gimnastik pendidikan memberi tumpuan kepada aspek pembelajaran secara individu dalam membuat ekplorasi yang unik menggunakan tubuh badan dan alatan.

2.0 Objektif

Melalui pendidikan pergerakan ini,individu akan:

  • Memahami anggota badan sendiri
  • Meningkatkan keyakinan diri terhadap pergerakan badan
  • Meneroka dan menjelajah pergerakan baru yang belum pernah dicuba.
  • Meningkatkan nilai kreativiti dan estetika yang tersendiri
Kesedaran Aliran

  •  Cara individu melakukan beberapa pergerakan yang dirangka secara berterusan dan lancar.
  • Rangkaian pergerakan kesedaran aliran boleh dilakukan secara aliran bebas , aliran terikat atau merangkaikan pergerakan aliran bebas dan aliran terikat.
1) Contoh Pergerakan Aliran Bebas: Melibatkan cantuman beberapa pergerakan yang dilakukan secara kemas, lancar dan berterusan tanpa tersekat-sekat atau terhenti. 
Pergerakan aliran bebas pada empat stesen
2)Pergerakan aliran terikat

Rangkaian pergerakan aliran terikat adalah satu rangkaian pergerakan yang terkawal. Pelaku boleh berhenti seketika pada tempat tertentu dalam rangkaian pergerakan dengan mengekalkan imbangannya.Rangkaian pergerakannya masih licin dan berkordinasi.





Wednesday, November 7, 2012

AKTA DAN UNDANG-UNDANG

1.0  DEFINISI

Undang-undang adalah sesuatu peraturan yang digubal oleh kerajaan sesebuah negara dan mesti dipatuhi oleh semua orang di negara tersebut.

Akta ialah undang-undang yang lebih khusus yang telah digubal dan diluluskan oleh Parlimen dan menjadi panduan kepada hakim, peguam atau para penguat kuasa.

2.0 FUNGSI UNDANG-UNDANG
  • untuk memelihara keamanan, kesejahteraan dan kebaikan sejagat. 

3.0 AKTA PERLINDUNGAN WANITA DAN GADIS 1973 (AKTA 106)

3.1 Fungsi Akta 106
  • memberi perlindungan kepada wanita & gadis yang berumur di bawah 21 tahun yang terdedah kepada bahaya morol/ keruntuhan akhlak/ terlibat dalam kegiatan pelacuran.
  • Mengikut akta ini, jika mahkamah Majistret berpuas hati bahawa seseorang perempuan memerlukan perlindungan, maka mahkamah boleh:                                                                                                                                                                                                                                                   

PERKHEMAHAN


1.0 SEJARAH PERKHEMAHAN.

Perkhemahan bermaksud mendirikan khemah untuk membuat tempat kediaman sementara untuk berteduh dan bermalam di kawasan hutan atau lapang dengan menggunakan bahan sedia ada.  Sejarah berkhemah bermula lebih kurang sama dengan sejarah manusia dan tempat kediaman. Pada tahun 1907, Lord Baden Powel iaitu pengasas pergerakan pengakap dunia telah membawa seramai 12 orang belia ke Pulau Brownsea, England. Di pulau ini, satu perkhemahan pengakap yang pertama di dunia telah berjaya dilakukan. Kini perkhemahan merupakan satu aktiviti yang diutamakan dalam pergerakan pengakap dan pandu puteri. Lord Baden Powell (1955) menyatakan berkhemah merupakan satu kegiatan yang paling menyeronokkan dalam kehidupan seorang pengakap. Perkhemahan dapat dikelaskan kepada tiga kategori iaitu perkhemahan ringkas, perkhemahan kumpulan dan Jambori/ rover mood/ korobori.

 Pada zaman dahulu, berkhemah adalah satu cara hidup bagi kaum-kaum Dayak Merah di Amerika Syarikat dan kemudian bagi golongan peneroka-peneroka di dunia baru itu. Sekarang pula, perkhemahan adalah salah satu aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan untuk merehatkan fikiran. 

1.1  TOKOH DALAM PERKHEMAHAN

                                                                                        Lord Baden Powell
Lord Baden Powell, iaitu pengasas pengakap sedunia yang menganjurkan perkhemahan sebagai satu kegiatan yang wajib.

2.0 TUJUAN PERKHEMAHAN 

  • melatih kita berdikari dan bersedia menghadapi keadaan yang serba kekurangan terutamanya berkhemah di tempat yang jauh dari bandar.
2.1 FAEDAH-FAEDAH PERKHEMAHAN


3.0  JENIS-JENIS KHEMAH
Khemah memounyai pelbagai bentu saiz dan kegunaanyaAntara khemah yang biasa digunakan adalah seperti berikut:

A) Ridge Tent 
                                                                 
Khemah jenis ini mempunyai tiang yang melintang disepanjang bumbung. Ianya diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat.

B) Frame Tent
Khemah jenis ini merupakan khemah jenis besar yang sesuai untuk perkhemahan keluarga dan seumpanya. Khemah kenduri khawin yang kita selalu lihat juga merupakan khemah jenis Frame Tent.
C) Dome Tent
Khemah jenis ini berbentuk gelembung dan diperbuat daripada material yang kalis air. Ciri utama khemah jenis ini adalah ianya mudah dibawa dan sesuai untuk perkhemahan di sekolah.

D) Bell Tent
Ciri-ciri khemah ini ialah mempunyai satu tiang ditengah-tengahnya. Selain itu bentuknya adalah bulat. Sekarang khemah seperti ini sudah jarang digunakan.

4.0  AKTIVITI PERKHEMAHAN
  • Persediaan sebelum perkhemahan
  • Semasa perkhemahan
  • Selepas perkhemahan
4.1  PERSEDIAAN SEBELUM PERKHEMAHAN


1. Pembentukan Jawatankuasa

  • untuk menggerakkan sesuatu aktiviti perkhemahan supaya program dapat dirancang dengan baik dan teratur.
  • kesesuaian jawatankuasa bergantung pada tempat perkhemahan dan aktivti yang akan dijalankan.
  • Setiap jawatankuasa mempunyai tugas masing-masing.




  • Ahli jawatankuasa terdiri daripada
         (a)    Urus setia
         (b)    Aktiviti
         (c)    Pengangkutan
         (d)    Peralatan
         (e)    Keselamatan & Kecemasan
         (f)     Penajaan
         (g)    Makanan

2. Kenal Pasti Kawasan
  • penting untuk melihat tapak perkhemahan untuk memastikan tempat yang dipilih bersesuaian dan selamat untuk diadakan aktiviti perkhemahan. 
  • Perkara yang perlu diambil kira
          a) kesesuaian tempat
          b) kemudahan asas (air, tandas)
          c) mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terjamin
         d) mudah untuk berhubung dengan pihak polis dan hospital sekiranya berlaku 
             kemalangan.

3. Surat Kebenaran
i)  Surat kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri / Pegawai Pendidikan Daerah 
    melalui pengetua----- sebelum menjalankan aktiviti.
ii)  Surat kebenaran pihak polis --- memastikan aktiviti berjalan lancar. 
iii) Surat kebenaran ibu bapa --- diperolehi sebelum peserta dibenarkan mengikut aktiviti 
     perkhemahan. 
iv) Mendapat insurans kelompok untuk semua peserta sebelum aktiviti perkhemahan.

4. Belanjawan
  • untuk memastikan persiapan yang dibuat boleh menampung segala keperluan selama tempoh perkhemahan.
  • Belanjawan seperti kos pengangkutan, peralatan, insurans, perubatan dan makanan. 
5. Alatan Perkhemahan
  • Alatan untuk perkhemahan perlu disediakan sebelum menjalankan aktiviti:
4.2  SEMASA PERKHEMAHAN
  • Program yang dirancang akan dijalankan semasa perkhemahan dan memastikan dijalan dengan lancar.
  • Terdapat  4 perkara utama perlu diambil perhatian pada peringkat ini :
          1) Kedudukan kawasan perkhemahan.
          2) Susunan tempat perkhemahan
          3) Aktiviti yang dijalankan.
          4) Peraturan dan keselamatan

1) Kedudukan Kawasan Perkhemahan

 2) Susunan Tempat Perkhemahan
  • Tempat perkhemahan perlu disusun dengan rapi bagi mengelakkan dicerobohi oleh orang luar.
  • Khemah perempuan dan lelaki hendaklah pada jarak yang sesuai.
  • Pondok kawalan disediakan bagi khemah perempuan bagi menjaga keselamatan pelajar perempuan.
  • Khemah guru terletak di tengah khemah perempuan dan lekaki bagi senang berhubung.
  • Khemah urus setia hendak strategik kerana pengawasan 24jam diperlukan.
  • Tandas dan dapur perlu pada tempat yang sesuai.
  • Khemah makan perlu berdekatan dengan khemah pelajar bagi memudahkan mereka bergerak. 
3) Aktiviti yang Dijalankan
  • Aktiviti yang dijalankan perlu memenihi objektif perkhemahan.
  • Aktiviti yang dijalankan seperti:
      a) Orienteering
      b) Aktiviti merentas hutan
      c) Aktiviti tali
      d) Snorkelling
      e) Kayak/ rafting
      f) flyer fox
      g) Malam kebudayaan


      b) Aktiviti Merentas hutan.
  e)  Rafting


f) Flyer fox


   g) Malam kebudayaan

4) Peraturan dan Keselamatan semasa Perkhemahan

4.3  SELEPAS PERKHEMAHAN
                                                                                                                                                                                      






















Friday, November 2, 2012

KONFLIK

Konflik merupakan percanggahan pendapat dalam membuat sesuatu keputusan. Konflik boleh berlaku dalam diri sendiri (interpersonal) atau dengan orang lain (intrapersonal). Ketika di zaman remaja, kita akan menghadapi kedua-dua konflik tersebut. Walaupun konflik adalah normal, tetapi ia akan membebankan seseorang secara mental atau emosi dan ia harus ditangani dengan bijak agar tidak berpanjangan.

Friday, October 12, 2012

Pendidikan Abad ke-21

  • Pendidikan abad ke 21 merupakan pendidikan yang berteraskan kepada teknologi maklumat dan komunikasi.
  • Ia diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang yang banyak dipengaruhi oleh dunia yang dicorakkan oleh pembangunan teknologi seiring dengan perkembangan negara yang semakin pesat membangun.
  • Perubahan ini boleh berlaku di peringkat sekolah atau bilik darjah.  Walau bagaimanapun, perubahan di peringkat sekolah atau bilik darjah memerlukan kesedaran dan kemahiran di kalangan guru mahupun pihak pentadbir.
  • Program pengurusan perubahan dan kajian semula latihan guru adalah perkara-perkara asas yang perlu disediakan ke arah pendidikan abad 21 bagi mewujudkan pendidikan bertaraf dunia seiring dengan kemajuan pendidikan di negara-negara maju yang lain.
  • Terdapat pelbagai cabaran dan isu pendidikan kesan daripada kepesatan teknologi pada abad ini. Antaranya ialah isu pendidikan bertaraf dunia, pembestarian sekolah, pendidikan k-ekonomi dan gejala sosial.
  • Pada peringkat dunia, Finland memegang status negara yang menyediakan sistem pendidikan terbaik dunia. Pada peringkat Asia tenggara pula, Malaysia berada di tangga ke-2 selepas Singapura .Forum Ekonomi Dunia telah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai tahap persaingan yang lebih baik daripada 142 buah negara di seluruh dunia. Berdasarkan laporan terbaru, Malaysia menduduki tangga ke-21 berbanding tahun 2010 yang berada pada kedudukan ke-26. Penekanan yang lebih meluas dalam pembangunan sektor pendidikan misalnya turut menjadikan Malaysia berada di kedudukan ke-14 secara keseluruhannya Menurut laporan tersebut, tahap persaingan global pada tahun 2011/2012 berada pada keadaan yang lebih baik kerana kesungguhan Malaysia untuk memperbaiki kedudukannya selaras dengan perubahan-perubahan yang diperlukan bagi membolehkan mencapai tahap negara maju pada tahun 2020 seterusnya keluar daripada situasi ekonomi yang berpendapatan sederhana kepada ekonomi negara yang berpendapatan tinggi.